Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday 5 May 2012

Selamat Ulang Tahun SAYANG!

Assalamualaikum..


Sayang, awak nampak tak tu? Hari ni, genap kita setahun. Tapi mana awak? Kenapa awak tak ucapkan "Selamat ulang tahun sayang" dekat kte? Sampai hati awak kan biar kte lalui hari ni sorang-sorang. 

Awak, saya rindukan awak. Langit seakan-akan turut bersedih dengan kte. Langit menangis, kte menangis. Orang kata menangis dalam hujan takde siapa tahu kan? Semalam awal kte tidur sebab takut nak hadapi hari ni. Tepat pukul 12 telefon bunyi, laju je tangan ni ambil dan tengok. Jauh di sudut hati mengharapkan awak message saya. Tapi hampa.......... Tak lama lepas tu telefon bunyi lagi. Dalam samar-samar, berusaha juga untuk tengok apa yang ada dekat screen. Rupanya note hubungan kita yang keluar. Tertulis dekat situ "Happy anniversary sayang". 

Tanpa di minta, tanpa di paksa air mata mengalir dengan lajunya. Cuba untuk kuatkan hati dan gagahkan diri untuk ucapkan "selamat ulang tahun sayang" sambil tengok gambar yang ada pada wallpaper. 

Ya Allah, rindunya :'(


Terlalu banyak dugaan yang kita hadapi bersama. Dari sebelum bersama sampai lah kita bersama. Dugaan datang bagaikan air yang mengalir tanpa henti. 


Sampaikan suatu hari saya cuba untuk mengambil keputusan biarkan awak hidup dengan mereka yang mahukan awak. Tapi awak taknak. Awak cakap awak sayangkan saya. Awak nak hidup dengan saya. Kalau awak tahu, saya terpaksa buat keputusan macam tu meskipun sebenarnya hati memberontak tidak mahu. Saya cuba berkasar dengan awak supaya awak tinggalkan saya. Tapi semua tu sia-sia. Awak tetap nakkan saya jadi milik awak.



Saya tahu awak pemalu, sebab tu saya cabar awak. Cabar untuk tulis sesuatu dekat dinding FB awak. Masa ni dugaan yang sangat besar datang (sangkaan saya pada mulanya). Saya tak mampu nak menghadapi dugaan ni sendiri. Awak dan kakak membantu. Saya jadi kuat, saya bersemangat sebab awak ada. Awak back up saya. Awak pujuk saya. Awak pulihkan semangat saya.


Setelah bermacam-macam dugaan yang kita hadapi bersama, akhirnya saya jadi milik awak dan awak jadi milik saya. Awak telah ubah saya jadi seorang gadis yang sangat gembira dan bahagia. Terima kasih sayang!







Saya cintakan awak sangat-sangat! Please don't leave me dear. Kawan-kawan pown perasan dengan perubahan saya. Mira yang sebelum couple dengan Zakwan berbeza dengan Mira yang dah couple dengan Zakwan. Kuatnya pengaruh awak sayang. Mampu ubah saya sekelip mata.






Lepas dah couple, amboi bukan main lagi hampir setiap hari awak post jiwang-jiwang dekat dinding FB saya. Rindunya saya....








Awak siap perli-perli saya lagi kan dekat FB. Amboi~ seronoknya dia perli saya.



Dugaan tak berhenti setakat itu sahaja. Lepas awak pergi, lagi besar dugaan yang saya dapat. Pada siapa saya nak mengadu? Siapa nak back up saya lagi? Siapa nak jernihkan keadaan? Dah takde siapa dah nak buat semua tu untuk saya. Hari-hari saya menangis bila terkenangkan dugaan yang berat itu. Awak dah pergi pown masih ada yang cuba musnahkan hubungan kita. Awak dah pergi pown masih ada yang cuba mengaku awak dia punya. Apa yang saya mampu buat tanpa awak??

Saya tak mampu buat apa-apa. Hanya doa dan doa sahaja yang saya mampu sayang. Andainya awak masih ada sekarang ni, mesti saya tak macam ni kan. Mesti saya akan bahagia dan bertambah bahagia bila awak ada di sisi.

Padan muka saya, dulu sibuk sangat nak awak pergi tinggalkan saya. Tengok sekarang awak dah pergi betul-betul. Awak, saya main-main je nak awak pergi. Awak balik la, saya taknak awak pergi lagi. Awak balik ye sayang.

Awak, harini cuti kan? Jom kita keluar date.. Jom lah sayang.........


Ya Allah andai dia memang jodohku,
Satu dan temukan kami semula
TETAPI 
Andai dia bukan jodohku,
Ikhlas dan redhakan hatiku terima segala ketentuanMu Ya Allah.


SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG!


(Al-Fatihah sayangku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#esok saya ada test, doakan saya ye sayang





4 comments:

  1. doa banyak2 biar awak jadi bidadarinya di syurga nanti. jangan terlalu merintih, Allah xsuke. senyum selalu taw. arwah mesti happy kalau awak happy :)

    ReplyDelete
  2. insyaallah.. amin amin amin YA RAB~ nak happy tp hati rindu. how?

    ReplyDelete
  3. Kalau rindu, mira kena bagi arwah makan.. makan dgn doa mira :))
    chill dear.. be strong. montela syg mira tau.. tamau mira sedey2

    ReplyDelete
  4. insyaallah dia akan kenyang dengan makanan tu . haha thanks montela :)

    ReplyDelete