Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, 7 May 2012

Kejujuran itu penting


Assalamualaikum..


Malam ni nak share satu cerita yang dah berkurun dah. Terjumpa dekat notes FB dulu-dulu punya. Dulu zaman tok kadok takde blog lagi sebab tak minat.Note kat FB tu la jadi mangsa dengan cerita ni. Tapi takde la cerita mana pown, dia macam luahan hati. Yeke? Entah la, anda2 cuba baca dulu lepas tu describe la ini cerita ke apa ke. OK? 

"couple.. pakwe.. makwe.. bf.. gf.." semua tu sama je.. nak lagi sedap di dengar orang cakap kekasih hati la.Tapi sebelum jadi kekasih hati tu mesti la masing-masing dok usha2 kan?? yela nak memikat hati orang yang tersayang la katakan. Time ni la masing-masing baik. Tengok si dia tu semua ok la. Takde cacat cela.. ala macam orang jawa cakap tu.. "PERFECT". Lepas tu sanggup buat apa je untuk memikat si dia. Ayat tu tak payah cakap, memang terbaik la.. Usha punya usha, yes..! akhirnya "kau aku yang punya".

Bila da berjaya pikat si dia tu, ha, time tu baru la namanya couple,pakwe,makwe,bf,gf,semua2 tu.. Time ni pown ok lagi.. ye la baru lagi kan. Macam sorang member ni cakap, 'kentut' si dia pown wangi.. huhu .. Apa si dia buat semua betul la takde yang salah pown.. kalau ada orang tanya si dia ni macam mana .. urm,semua yang baik2 jela yang di ceritakan. Tapi bila da lima,enam bulan bercouple.. ha,time ni mula la kau bosan.. Dah pandai da dok usha orang lain pulak.. Mula la nampak salah pasangan tu.. Itu x betol la, ini x betol la.. Apa yang pasangan tu buat semua x betol.. haish... kesian si pasangan tu.. time ni bila orang tanya "cam mana ngn couple kau?" time ni da pandai la cerita benda2 buruk pasal pasangan tu.. "cerewet la, jeles memanjang la, mengongkong la.." macam2 la lagi kau cerita pasal pasangan kau tu.. salah apa la pasangan tu.. kesian2...

Bila da bosan ,lepas tu dapat pulak usha orang lain.. apa lagi mula la bagi alasan macam2.. cth nye: "awk,sy rasa sampai sini jela ubungan kita.. saya da tak nak couple saya nak fokus kat study la.. saya tak boleh fokus la kalau kita macam ni" n macam2 lagi la alasan kau bagi.. sekali lagi, apa la salah pasangan tu.. kesian2.. Tapi lagi kesian kalau kau bercerita kat member2 pasal pasangan kau ni.. cthnye: "aku bosan la ngn dia tu.. apa dia ingat dia bagus sangat..? aku x heran la dia tu. Aku sakit hati sangat2 ngn dia. Dia da x syg aku.." n bla bla bla... hey ape kena la ngn orang macam ni.. kalau la pasangan tu tau kau becerita macam ni.. x ke sedih hati si dia..? kalau ye pown dah tak suka, tak payah la dok canang2 cerita si dia tu.. simpan je kan bole.. Macam dalam satu lagu ni ada kata "Jikalau kau dah tak suka tak apa tapi jangan lah kau mengata, mungkin kau rasa aku tak sepadan dengan dirimu" Ha! sebelum nak cerita yang buruk2 pasal pasangan tu pikir2 la dulu si dia tu pernah jadi pasangan kau kan..? orang yang kau puja2 dulu.. Tapi lagi bagus kalau kau tak cerita kat sesiapa kau sendiri je tau ape yang berlaku antara kau dengan si dia tu..





Ok, dah habis. So amacam? Apa pendapat korang? Ni cerita ke luahan hati ke apa? 


Masa buat note ni si kekasih hati masih ada n masa tu kami dah declare. Mira tag dekat dia note ni siap komen-komen dengan akak lagi. Tak percaya? Ada bukti dia dekat bawah ni.




tersenyum n rasa nak menangis tengok komen dia ni :')



I Love You so much Dear :)


Moral of the story : kalau dah tak suka terus terang je sebab "Biar menangis kerana jujur jangan ketawa dalam kebohongan" 


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan Bin Patah Raji)



No comments:

Post a Comment