Sunday, 6 May 2012

Bersyukur kepada Allah. Alhamdulillah

Assalamualaikum..

First sekali saya nak minta maaf sangat-sangat dekat awak sebab sebab sebab..... saya terlupa nak beritahu awak yang result saya dah keluar. Awak!! sory!! Sorry sangat-sangat ok!

Alhamdulillah semester 4 saya lepas semua. Takde repeat paper lagi and alhamdulillah sekali lagi sebab pointer naik sikit walaupun tak dekan n tak segah kawan-kawan lain tapi saya tetap bersyukur sebab NO REPEAT PAPER again. Syukur alhamdulillah..

Berbekalkan semangat yang seciput yang awak tinggalkan tu, saya try untuk teruskan hidup ni. Saya try untuk terus belajar, belajar dan belajar. Terima kasih awak sebab tinggalkan semangat tu sedikit untuk saya. Tak lupa juga petua-petua dan nasihat-nasihat yang awak beri tu. Semua tu sangat berguna dan saya akan ingat sampai mati. Insyaallah...

Walaupun pada mulanya saya hampir putus harapan nak terus belajar.

Syukur dengan sokongan dan dorongan ibu ayah , keikhlasan kawan-kawan yang sudi membantu dan semangat mereka buat saya kembali bersemangat untuk teruskan hidup ni. Tapi sampai bila semangat ni akan berterusan? Itu saya tak pasti sayang. Doakan saya supaya semangat ni akan terus kekal dalam diri ini.

Tapi, saya sedih bila saya terbaca pada blog-blog kawan yang lain cerita ramai kawan-kawan yang berhenti separuh jalan. Kawan-kawan masa part 1 tinggal berapa orang je. Makin sunyi la saya lepas ni. Apa pown kalau korang baca entry ni, Mira nak cakap korang jangan give up ye. Insyaallah kat luar sana masih banyak peluang untuk korang. Mungkin bukan rezeki korang dekat Science Computer. Chayok-chayok kawan!

Sem depan saya kena ambil 7 subjek. Insyaallah kalau semua lepas, sem depan sem terakhir saya. Ada pula yang tengah kira-kira jari kan? Jangan la pelik sangat. Memang sepatutnya sampai sem 6 tapi CS ni sampai sem 5 je. Sem 6 tu kami kena pergi praktikal. Tak tahu la macam mana sistem dia sekarang ni sama ada semua wajib atau orang-orang tertentu je? Nanti la tanya exco-exco.


Sayang, doakan saya grad on time ye sayang. :')


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

No comments:

Post a Comment