Tuesday, 15 May 2012

Cinta sejati pilihan hati

Assalamualaikum..

Malam ni jari ni gatal pula nak menari-nari joget lagu irama dangdut.. Amboi bukan main rancak lagi ha.. Hai.. Sebenarnya tak tau nak taip apa tapi jari ni sibuk sangat nak menaip. Ikut kan jela nanti merajuk pula jari-jari comel ni. (perasan kejap)

Haa! ok, tiba-tiba teringat ada orang cakap macam ni tadi. Tak ingat pula ini orang yang ke berapa cakap. Nak tau apa dia cakap? Haa dia cakap, dia jeles dengan saya. Kenapa? Sebab apa dia jeles? Nak kata saya cantik macam miss world takde la pula. Nak kata saya kaya raya pown tidak. Dah tu, kenapa dia jeles dengan saya ni? Conpius-conpius~

Ohh rupanya dia jeles dengan saya sebab saya dapat cinta sejati (true love) . Nak cakap sikit ni, kau ada? haha! kejam-kejam. 

Semua manusia mesti tercari-cari siapa cinta sejati dia kan? Cinta sejati ni susah nak dapat. Tapi betul ke cinta saya ni cinta sejati? Kalau dah orang cakap macam tu maknanya betul lah kot. Saya pown tak tahu la sebab orang yang melihat tahu la nak menilai kan?

Lepas baca yaasin untuk awak tadi baru saya sedar yang saya ni sebenarnya beruntung sangat sebab saya terpilih untuk dapat cinta sejati. (lambat betul saya sedar) Rasa macam dapat award gitu tapi bukan daripada Perdana menteri, Menteri-menteri besar, bekas perdana menteri, Agung pown bukan tapi dari Allah yang Maha Esa. Takde anugerah yang lebih bernilai daripada anugerah yang Allah berikan .

Syukur alhamdulillah. Saya dapat cinta sejati ni. Cinta sampai mati.. Saya tau ramai perempuan kat luar sana nak kan cinta sejati ni. Lagi-lagi cinta sejati dari awak. kan? Betul tak wahai penyibuk semua? Eh! emo pula. maafmaafmaaf~ Tapi sory la ye, anda tak layak nak dapat semua ni. 

K la sayang, saya stop dulu ye. nanti tak pasal-pasal si penyibuk tu kena marah pula dekat sini. Lepas tu menangis mengadu dekat mak cakap kita buat hati dia SENTAP! 

eh jap2 nak minta maaf dulu. Mana la tau kejap lagi tutup mata tak buka-buka terus ke kan. Awak,awak yang penyibuk tu, Mira minta maaf ye :)

Ok, assalamualaikum sayang... Semoga awak tenang dan aman dekat sana. Saya dekat sini akan selalu doakan kesejahteraan awak dekat sana. Saya sayang awak!!! 


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

#yang tak dapat cinta sejati tu jangan lah jeles, mungkin ada anugerah lain yang awak akan dapat :)

No comments:

Post a Comment