Tuesday, 8 May 2012

Kalau Awak Masih Ada

Assalamualaikum..

Pagi tadi lepas hantar adik sekolah ingatkan nak sambung tidur. Nak sambung mimpi. Mimpi yang tak berapa nak indah sangat sebab bukan mimpi awak. Dah lama awak tak muncul dalam mimpi saya.

Tapi saya ada masalah sikit nak sambung tidur tu sebab saya ni bila dah terjaga susah nak lelap balik. Tambah-tambah lagi pagi tu mata ni dah kena angin yang teramat sejuk. Merempit lah katakan pagi-pagi buta tu memang bertambah-tambah la susah mata ni nak lelap dan di buai mimpi.

Tiba-tiba je dalam usaha nak lelapkan mata, saya terfikir sesuatu. Saya terfikir macam mana ye kalau awak masih ada sekarang.. Saya terfikir macam ni..

Kalau awak masih ada,
Mesti saya tak buat apa yang saya buat sekarang
Kalau awak masih ada,
Mesti saya tak kenal kawan-kawan awak masa baby, sekolah menengah, plkn, dengan Asasi
Kalau awak masih ada,
Mesti saya tak jadi orang yang berdikari macam sekarang sebab awak selalu manjakan saya
Kalau awak masih ada,
Mesti orang tak nampak saya menangis macam sekarang. Saya malu tau asyik menangis je -_-
Kalau awak masih ada,
Mesti awak selalu teman saya bila-bila masa je saya nak
Kalau awak masih ada,
Awak driver tanpa gaji saya, tak payah susah-susah pergi ambil lesen
Kalau awak masih ada,
Adakah kita masih bahagia macam dulu?
Kalau awak masih ada,
Mereka still nak kacau hubungan kita ke?
Kalau awak masih ada,
Mungkin diorang tak sempat nak kacau kot sebab
Kalau awak masih ada,
Saya nak awak cepat-cepat datang meminang saya
Kalau awak masih ada,
Saya nak kahwin dengan awak.
Duit??
Duit simpanan kita kan ada. Semua tu tak payah risau, awak dah fikir masa depan kita
Kalau awak masih ada,
Mesti saya bertambah tambah tambah bahagia kan??
dapat baby-baby yang comel
(berangan je)

Tapi semua tu kalau.. 
Kalau lah awak masih ada betul-betul, alangkah indahnya..
Rasa dunia ni saya yang punya!
T_T


Itu lah apa yang saya fikirkan kalau awak masih ada. Tapi banyak lagi sebenarnya cuma tak terluah je.


Assalamualaikum sayang. Selamat malam

(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
#ujian aritu saya dah lepas. tinggal satu step je lagi. Wish me luck!

2 comments: