Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 30 December 2011

Reunion or lepaking?

Assalamualaikum..

Cop cop! Tisu boleh letak jauh-jauh sebab entry kali ni air mata korang mesti takkan mengalir. Ha kan da habaq blog ni takde bawang pown.

Hari ni Mira nak cerita semalam dan semalamnya Mira lepaking dengan exclassmate masa form 4 and form 5. Sebenarnya kitorang nak buat reunion. Nak jumpa balik member-member yang dah lama tak jumpa. Maklum la masing-masing duduk jauh-jauh ada kat kutub utara ada yang kat kutub selatan. Tu yang kami susah nak kumpul tu tambah-tambah lagi masing-masing sekarang tengah sibuk belajar dan cuti semua tak sama. Plan punya plan nak pegi sana nak pegi sini last-last kami Muarian jela yang berkumpul. Tapi ni tak plan pown. Cakap malam, pagi kami keluar and cakap tengah hari, malam kami keluar. Sayang korang la kawan-kawan!

Moral of the story: tak yah plan la lepas ni. Kita pergi mengejut je. huahuahua~~



HARI: RABU
LOKASI: WETEX PARADE ,BINTANG GEMILANG
and TANJUNG








sedap suara yanti..

amin nak nyanyi tapi malu-malu hihi

suara nad pown boleh tahan..


pa'a nyanyi lagu BI je..

~100% cintaku~~ haha


kat tanjung.
renyai-renyai pown layan~!
takut tengok air coklat kat belakang >_<




~peace~


kami adik baradik (masa sekolah dulu)




HARI: KHAMIS
LOKASI: MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR

(gambar blur : camera man tangan ketar)








~si jejaka~
apis,amin,gg

Gamba makanan tak sempat nak amek 
sebab masing-masing da lapaq~



~si gadis~
mira,yanti,nad

thanks bro apis! Thanks yan,nad,amin. Thanks pa'a n gg drive utk aku.
(^^,)
next time lepaking lagi yawww~




P/S: esok hari last untuk tahun 2011. errr~ :|
       Baru lepas kena paksa makan ubat. weeerrkkzz~ 




sentiasa di ingatan:
(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Tuesday, 27 December 2011

Menakutkan

Assalamualaikum..



Bila tengok kelendar, tinggal 4 hari lagi nak masuk tahun baru. 
Hati berdebar-debar. Kenapa??? errr~ taktau..
 Mungkin bulan Januari nanti banyak test yang Mira kena tempuh. 
Bulan Januari juga kalau boleh Mira taknak. 
Boleh tak kalau terus masuk bulan Febuari? Boleh la boleh la~~

Bila tahun baru orang mesti jerit cakap "HAPPY NEW YEAR". 
Tapi bagi Mira rasanya macam "SAD NEW YEAR".
Sampai bila nak sad??
Penat da berlakon jadi happy.
Sampai kakak offer "DIK NAK JADI PELAKON TAMBAHAN DEKAT RTM TAK?"
Perli ke apa kakak Mira ni?
Berjaya ke lakonan hampir 4 bulan ni? 
Tak sanggup nak cmni terus.. (T_T)






Duduk lepak dengan family pown boleh menangis.
Da bergelak-gelak sepanjang hari pown malam mesti nangis.
Sehari tak nangis macam tak complete hidup ni. 
Kenapa mata?? Kenapa sentiasa bocor??

"Kenapa kau fikir orang yang dah takde? Kumbang bukan seekor"
Kata-kata ni la yang sentiasa orang cakap dekat Mira.
Bukan sengaja nak fikir. 
Bukan sengaja nak kenang. 
Tapi da hidup dia dengan Mira. Sepanjang hari dia dengan Mira.
Macam mana tak fikir, macam mana tak kenang?
Semua tu datang dengan sendirinya.
Sebab Mira sayangkan dia.
Kumbang memang bukan seekor. Tapi dalam banyak-banyak kumbang tu
ada yang sama ke? ada yang serupa?
Kalau ada takpe juga.


WAHAI HATI.. TENANGLAH..






Sentiasa dalam ingatan..
(Al-Fatihah syunkku Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Monday, 26 December 2011

Bersatu di sana

Assalamualaikum..


Syunk.. Tak mengapa saat ini kita jauh,
kerana kelak Allah yang akan menyatukan kita dalam ikatan sucinya…..
Kerana itu jauh lebih bererti.. Jauh lebih abadi..
Kerana ku yakin… Janji Allah adalah pasti, lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik..
Seperti inilah ku mencintaimu….. Dengan menjaga kesucian diri,  jiwa dan hatiku….
Hanya untuk ku persembahkan pd mu kelak…..
Oleh Kerana itu syunk…. Jaga kesucian cintamu juga hanya untukku..
Cinta kau dan aku mungkin takkan bersatu
untuk saat ini 
di dunia ini
kita bersama nanti di atas sana
biar ku setia 
menjaga cintamu selamanya~

~ Ya Rabb… PadaMu ku curahkan cintaku padanya…..~~


(Al-Fatihah syunk Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Demam demam demam

Assalamualaikum..

Sejak dua menjak ni asik demam je. Demam baik demam baik. Orang kata demam ni salah satu cara Allah nak ampunkan dosa-dosa kita betul ke? Kalau betul, alhamdulillah...

Bila dosa da di ampunkan nanti boleh la jumpa syunk saya.. yeaahhh~!





(Al-fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~syunk... kte demam.. :(

Thursday, 22 December 2011

Maaf.. Tak sengaja

Assalamualaikum..

Syunk..sory syunk da lama tak update blog. Bukan sengaja, tapi tak sengaja. Mesti yunk tertunggu-tunggu kan? Banyak sebab kenapa kte tak mencoret apa-apa.

  1. Kte takut ramai yang menangis. Da banyak kali da cakap, kte takde letak bawang pown dekat dalam blog ni. Kenapa mesti menangis bila membaca? Sebab tu la kte takut nak mencoret apa-apa. Da banyak da yang mengadu kat kte. "Mira, Minah(bukan nama sebenar) sedih bila baca blog Mira.  Setiap kali baca Minah mesti menangis." Awak-awak yang membaca kenapa mesti menangis? Awak tak alaminya kan? Janganlah menangis. Nanti Mira takut nak mencoret apa-apa lagi. Kalau tak coretkan apa-apa nanti, kesian dekat encik kekasih hati. Ni  kan salah satu permintaan dari dia.Mira kena buat apa yang dia inginkan. Awak-awak jangan menangis lagi ye.
  2. Ada makhluk Allah yang tidak suka kte meluahkan rasa hati di sini. Syunk.. salah ke kte nak bercerita dekat syunk kte? Syunk tak marah pown.Kenapa diorang nak marah? Kenapa diorang nak herdik-herdik kte? Siapa diorang pada kte dan siapa syunk pada kte? Syunk yang lagi penting dalam hidup kte daripada diorang yang entah siapa-siapa. Syunk... kte nak menangis.. Cuma cara ni je kte dapat luahkan pada syunk. Kalau syunk hidup lagi, takde kte nak buat semua ni. Takde masa kte nak bercerita semua ni dekat dalam blog. Memang tak pernah terfikir pown nak buat blog sebab sebelum ni kalau ada apa-apa semua kte kongsi dengan syunk. Tapi sekarang, kte nak kongsi dengan siapa? Memang ada kawan-kawan tapi takkan semuanya nak cerita dekat kawan. Diorang pown ada masalah sendiri. Kadang-kadang kawan-kawan bagi nasihat. "Mira, Mira kena sabar. Mira kena kuat. ~bla bla bla bla~" Tapi bila kena dekat diri sendiri, diorang pown tak sabar.Diorang pown tak kuat. Rindu yang masih boleh di balas pown tak boleh nak tanggung. Tapi kte? Rindu kte takde balasan. Kadang-kadang semangat yang nyawa-nyawa ikan ni pergi macam tu je. Pada siapa yang tak suka dengan cara Mira ni. Tak payah la baca apa yang Mira luahkan. Buang masa korang je baca. Entry semua ni Mira nak encik kekasih hati je yang baca. 
  3. Sem ni kte makin busy. Banyak benda nak kena settle kan. Sory ye syunk tak sempat nak mencoret. Semua kerja kte kena buat sorang-sorang. Takde yang nak teman. Kesian kte kan? Takpe syunk.. Kerja-kerja tu ada teman kte.Syunk jangan risau ye.(jerit-jerit dalam hati nak yunk teman.) Tapi syunk, boring buat kerja sorang-sorang. Kalau syunk ada teman kte macam dulu kan seronok. Bersemangat nak buat kerja. Sambil buat kerja sambil layan kerenah yunk sampai lewat malam. Bila syunk tertidur, cepat je jari ni tekan no yunk nak kejutkan syunk suruh teman kte. Bila la nak macam tu lagi kan? 

Syunk.. esok last day dekat uitm ni before cuti midsem. Tapi rasanya macam satu apa pown xde kat dalam kepalaotak ni. =_= Macam mana ni syunk?? Help me.....~



(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~Rindu sangat-sangat~

Saturday, 17 December 2011

Bila mimpi nak jadi kenyataan?

Assalamualaikum..

Syunk.. semalam kte mimpi syunk!! Mimpi dapat borak dengan syunk. Eh, sebelah tu ada angah la (zahin). Kte borak dengan dia? Biar betul! Tak pernah borak dengan dia. Tak pernah jumpa dia. Syunk.. Bila nak jadi kenyataan semua ni? Eh, rindu sangat da ni...... Biasa mimpikan yunk sorang macam entry ni . Banyak lagi mimpi-mimpi yang kte tak tulis. Tapi kali ni mimpi dengan angah sekali? Apa maksudnya? Da makin hampir ke masa kte untuk bertemu dengan syunk n adik-adik yunk? Jumpa yunk, angah n acik. Bestnye!!! Bila syunk? Kalau dalam mimpi pown da best sangat-sangat dapat jumpa yunk, kalau betul-betul apatah lagi kan?

Syunk.. cepat jemput kte..

NAK MIMPI JADI KENYATAAN..



(Al-fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
~Lot Of Love <3

Thursday, 15 December 2011

Tak salah pun berkawan

Assalamualaikum..

Terasa nak menangis.. Wahai mata bertahan.. Jangan menangis! Simpan air mata tu untuk hari esok. (harap-harap malam ni tak meraung) Ya Allah.. Kuatkan hati hambaMu ini.

Ujian yang ada tak tertanggung, malah dapat ujian yang baru. Kenapa orang yang lemah ini sentiasa di uji?

Petang yang dingin tika Mira cuba untuk melelapkan mata untuk seketika, tiba-tiba Mira dikejutkan dengan bunyi message yang nyaring. Terpamer di skrin telefon "adk raihanis". Oh, biras saya rupanya. Dia mengadu sesuatu pada Mira. Secara tak sengaja bayang-bayang orang yang Mira cuba lupakan muncul dalam otak yang da penuh dengan ilmu PROBABILITY. Disebabkan fikiran dah terganggu quiz PROBABILITY Mira petang tadi dapat sangat sikit! Argghh~! Tension.

Syunk.. kte rasa nak pergi satu tempat ni. Hati ni rasa nak sangat pergi tempat tu. Kenapa?? Kte boleh jumpa syunk dekat situ ke?? Tak kira ape pown akan jadi, kte nak pergi juga! Berharap sangat dapat jumpa syunk. Nak jumpa, nak cerita macam-macam dekat syunk. :'(




(Al-Fatihah buat arwah Ahmad Zakwan bin Patah Raji)