Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, 6 April 2012

End of semester 4

Assalamualaikum..

Hampir seminggu semester 4 berakhir tapi baru sekarang saya nak simpan kenangan tu dalam blog ni. Semester pertama saya tanpa Ahmad Zakwan menemani. Di semester 4 saya cuba untuk bangun, untuk bina semangat baru. Di semester 4 juga saya banyak menipu. Senyum hanya sekadar untuk happykan orang sekeliling. Senyum hanya untuk menutup kesedihan dan keresahan di hati. Maaf kepada mereka yang tertipu dengan senyuman ini. Tertipu dengan gelak tawa dan keriangan diri ini.

Aktiviti sepanjang semester 4. Jom kita tengok gambar je.

Pergi ke Tasik Segamat

u jump, i lari~

berdua lebih baik

alahai paparazi ni.

saya gayuuut (gayat) jambatan ni tinggi sangat


ikhlas ke ketawa ni??jengjengjeng~


rindu zaman kanak-kanak nak main buai
*buai laju-laju saya nak kahwin dengan Ahmad Zakwan

comelnya budak baju pink ni :)

si muncung dan si tembam


termenung pulak awek ni


thanks ye anda berdua sebab bawa kami.
tanpa anda, tak jumpa lah kami dengan tasik ni..
terharu lah cepat wan n a'ai




Pergi autoshow
Lokasi: Tangkak

SIC Club

seat dia cantik




kereta berasap


speaker ni boleh buat saya pekak







baju club

baju club gak. eh tak,baju bola sama kan dengan yang atas tuuuu ^

Jadi model kereta kejap

one more time

buat kecoh kejap


abaikan mata mengantuk  tu


kami bukan LESBO
-lakonan semata-mata-



Motivasi under Trav'c
lokasi: Batu Pahat Johor


adik-adik yang di lenturkan


mencari adik-adik dan fasi-fasi yang perlukan bantuan


bersama ketua program yang sangat mantop!


berehat sebentar bersama AIR SIRAP

rakan seperjuangan

sama-sama dengar motivasi

kesian adik-adik ni menangis sobsob :'(


sabar adik, sabar

main gosok,tumbuk

ajar adik-adik karaoke.. hehe
bukan2,ajar adik-adik bercakap dekat depan je..

kak anisz menyanyi.. *fake

lompat si katak lompat.. LOMPAT!
-riadah pagi-


bersama adik yang sangat chumeeel.
adik ni darjah 5. 


ada pertandingan lagi


kami ada tuala sama. boyprend tak sama

kita boleh jadi kawan sampai bila-bila tak??




Opkim under Rakan Muda
lokasi: Felda Sri Ledang

kami merempit. sangat awesome 

bersama cikgu arif,cikgu syifa,cikgu mira, cikgu shida dan
 cikgu wan
*bukan Ahmad Zakwan tp wan apetah.. one two three kot

lepak habis

posing jap,
melawat penduduk kampung yang kurang upaya

beriadah bersama adik-adik


bersama pakcik... (tak ingat nama) yang baju belang2 berkopiah


bersama anak saya. eh bukan, anak jagaan sementara saya

tadaaaaa~ bersama keluarga angkat



Travel bersama Trav'c
lokasi: Terengganu

Di arfa batek

muadzam shah
kat kedai ni mee goreng basah macam kuey teow ladna

ok, dua2 termenung.. O_o

gerak ke ganu kiteee

bersama madam yang sporting


di taman tamadun islam


river cruise

awek cun beg pink kira ahli cukup ke tak

sampai kat TTI,dengar akk tu potpet~


tunggu transport datang (lupa nama dia)

garangnye cik mira. text siapa tu? 
adik awak la sayang..



ifa berbaju kuning.

jemput masuk..
kami penyambut tetamu untuk abe azrey(driver bas)



berBBQ di malam hari


teruja..
Cantik jugak bas ni.. hoho

oh homestay, kami balik dulu..sobsob~


menggila sementara tunggu budak lelaki n another group perempuan



spe nak nasi dagang? angkat tangan~!
-memey tak la nak makan nasi dagang pepagi buta-

bakar first aid. spe sakit,pandai2 la.. (exco yang kejam)


kami gadis-gadis AYU menjadi rebutan jejaka malaya 
*werrkk~



menggila di homestay buat kali terakhir



tadaaaa~





superman....
eh salah, superwoman..yeaahh~!

cantik kan tag. thanks shikin buatkan tag untuk kami :)

yeaaaahhhh kami susah beeebass!



Dinner Computer Science
Lokasi: UiTM Segamat


ini bukan pengganti awak sayang







Abang guard,pinjam motor kejap nak posing :)

with yanto n shidud

nak bergambar berempat,tiba2 ada yang kelima. ish3~



action je lebih,menyakat shikin jatuh

jakun tengok cone keselamatan

aduh,beratnya
#mampuih kalau pakguard baca blog ni

kami suka menggila









Mandi limau oleh shida,fiqa,shikin,fariha,najihah,hazirah,
anom,ana,hidayah

#sory kalau ada yang tertinggal


Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada.... (siapkan text untuk ABPH ahad ni)

thanks anda, anda, anda,anda, anda dan anda, anda, anda semua menghiburkan hati yang lara. Harap sangat semester 4 ni akan jadi lebih baik dari semester yang lepas. Awak, doakan saya please..


(al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)




Lambat dua hari

Assalamualaikum sayang~

Sekarang saya berada di rumah menjaga anak-anak kita. Yang sulung dah darjah 6 dan yang bongsu baru setahun. Uhukuhuk~ Itu semua  dusta semata-mata.

Hakikatnya saya kat rumah ni menjadi baby sitter, jaga baby umur setahun jagung tapi degilnya macam budak 6 tahun. Mungkin ni kesan daripada minum susu anmum. budak terlalu pandai  dan agresif. Sakit sendi-sendi ni sebab budak tu asik nak dukung + main kejar-kejar dengan dia. Fuhhh~ letih..

Tambah-tambah letih bila malam si gendut ada kat rumah. Si baby balik, si gendut muncul.Time tu saya jadi harimau jadian. Mengaum sentiasa. Kadang-kadang sampai suara serak. Degilnye nauzubillah. Taknak dengar kata. Suka melawan.

Apa lah nasib diriku yang malang oh tuhan~ (iklan semata-mata)

Tapi alhamdulillah. Mungkin ini yang Allah nak beri pada saya. Doa yang selalu saya minta padaNya. "Ya Allah, berikan lah aku sesuatu agar aku dapat melupakan seketika kesedihan yang menimpa diri ini."

Terima kasih Ya Allah. Engkau maha Mendengar lagi maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu.

Walau apapun yang terjadi, sebagai manusia yang lemah,kadang-kadang saya lupa dengan kebesaran Allah.
Masa dua bulan ni akan saya gunakan dengan sebaiknya untuk tenangkan hati, jiwa dan perasaan saya. Maaf andai ada yang terasa mahupun terluka.

Saya ingin bersendirian. Saya ingin keluarga sahaja yang menemani. Saya ingin didik diri ni untuk hidup sendiri. Untuk hidup berdikari. Saya perlu bangun dan cari semula semangat saya yang hilang. Walaupun hanya tinggal sedikit sahaja semangat itu untuk diri ini, saya perlu mencarinya semula.

Kadang-kadang kita perlu utamakan kepentingan diri kita daripada orang lain. Kadang-kadang kita perlu abaikan perasaan orang lain. Benarkah saya? Kejam kah saya buat sedemikian rupa?

Puteri kecil berkata pada saya, saya tidak kejam. Saya buat benda yang betul. Puteri kecil hadir bila saya perlukan pendapat dan bantuan. Bila saya buntu tak tahu nak buat keputusan, puteri kecil pasti hadir untuk membantu. Like brother like sister. I love both of you.

Abang wakilkan adik untuk menemani dan menjadi pendengar setia buat kekasih hati apabila dia sedar dia tidak mampu melalukan perkara itu lagi.

Lambat dua hari saya buat entry ni. Maafkan saya wahai encik kekasih hati yang sangat memahami.


(Al-Fatihah buat kekasih hati yang dirindui Ahmad Zakwan bin Patah Raji)

Thursday, 29 March 2012

Warkah buat sayangku Ahmad Zakwan

Assalamualaikum..

Sayang, semalam saya ada buat surat untuk sayang. Tapi saya tak tahu nak pos dekat alamat mana. Saya post dekat sini jela ye. Selamat membaca sayang..








Kononnya lepas buat warkah ni hati lega + tenang = boleh fokus kat web
Tapi makin bercelaru pulak n effect sampai hari ni.

Sayang, awak tau saya rindu sebab tu awak call macam yang saya cerita tadi kan?
Saya rindu awak sangat-sangat.

Sem 4 da nak berakhir maknanya dah satu sem saya sendiri tanpa awak di sisi.
Seseorang cakap kat saya bila saya tanya dia macam mana saya nak jumpa awak. 
Dia cakap "u can't see him n u can't meet him. but he close to u n always in ur heart"
Ye sayang, awak memang sentiasa dekat hati saya.
ALWAYS and NEVER BE REPLACE
Adik pown ada cakap cmtu juga.

Kenapa lah saya asik lupa je dengan pesanan-pesanan orang ni.

Aku yang terlalu merindui kamu
Mira Ziqa


(Al-Fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)
-maafkan segala dosa-dosa saya-

Hati berdebar-debar

Assalamualaikum..

"Awak angkat telefon ni nanti saya taknak kawan awak lagi, saya taknak sayang awak lagi. Awak cepat angkat telefon ni"

Ok, itu ringtone fon maxis saya. Awak yang suruh saya buat ringtone tu sebab bila awak call saya, awak nak saya angkat cepat-cepat. Awak tak sabar nak dengar suara saya.

Sekitar bulan sembilan aritu selalu juga saya dengar bunyi ringtone ni sebab kawan-kawan tak putus-putus call untuk bagi saya semangat. Tapi makin lama, makin kurang saya dengar ringtone ni.

Sekarang ni ringtone tu dah jarang bunyi. Kalau bunyi pown tak lain tak bukan mesti ibu or adik-beradik saya yang call. Kadang-kadang tu kawan-kawan ada call juga. Tapi jarang la..

Sampaikan kadang-kadang saya rasa malas nak pegang fon tu lagi. Sebab nanti saya tertunggu-tunggu panggilan dari awak. Fon tu selalu duduk dalam laci je. Kesian dia kan..

Kalau ibu ayah call no tu tak dapat, diorang pandai la call no lagi satu. Yang lagi satu tu ada je dengan saya sebab wallpaper dia gambar kita. Bila saya rindu, saya akan letak fon tu dekat dengan hati saya. Mesti awak selalu dengar kan hati saya cakap apa.

Lari topik pulak..

Saya nak cakap benda lain sebenarnya.
Awak, tadi awak call saya ke? Guna private number. Dah banyak kali dah number tu keluar kat screen. Tapi saya tak berpeluang nak angkat sebab fon dekat laci. Tapi tadi saya letak fon dekat sebelah n number tu call lagi. Saya angkat, dia diam je.

Haa awak call ea? Kenapa awak tak cakap? Saya hello hello awak tak jawab pown. Sengaja la kan awak ni.
Tadi akak sedara saya cakap kalau rindu calling-calling la.. Urm, macam mana saya nak calling-calling awak? No awak yang dekat sana saya tak tau. Ni awak call guna private number pulak. Sengaja la awak ni kan tak nak bagi saya tahu..


Awak call la saya balik. Saya nak dengar suara awak. Please dear.......


(Al-fatihah sayang Ahmad Zakwan bin Patah Raji)